:pengakhiran atau permulaan?!:

Wednesday, September 12, 2012

Mentol, kusangka malapnya sementara, kelamnya seketika, namun kini tiada guna. Terbakar, gelap gelita. Bertahan, mentol itu disimpan, kerana dulu dia menerangi, memancarkan sinar untuk diri dihargai. Namun hakikatnya mentol rosak perlu berganti, biar diri diterangi. Manusia, dapatkah diganti?. Tidak, sememangnya tidak. Hanya perubahan yang perlu ada. Mencari ruang untuk kehidupan sendiri, memilih jalan yang terbaik untuk tenang mengharungi. Sedih dan pedih apabila tafsiran TERBAIK itu berbeza, bagimu ya, bagi yang lain tidak. Tua, muda, dewasa, kanak-kanak, pasti ingin berada dipihak yang benar. Tegak dan teguh berhujah memenangkan diri agar tetap di pihak yang benar. Apa yang pasti, kita perlu menyedari, mengakui, salah tetap salah. Jangan terus memenangkan diri. Tidak aman rasanya kita jika menang sedangkan salahnya diri sendiri. 

Ingatlah, jika rakit pilihan kita, hanya salahkan sungai yang melemaskan, sedangkan titi sudah tersedia.