:pengharapan:

Friday, September 30, 2011

kesusahan tak perlu nak dirungutkan. kemewahan tak perlu nak dimegahkan. tak perlu nak dibandingkan kekurangan diri dengan kelebihan orang lain. tak perlu ditunjuk-tunjuk kelebihan yang ada. kerana kesusahan itu mungkin berakhir dan kesenangan itu mungkin akan tamat. bersyukurlah apa yang ada dan berusahalah mengejar apa yang tiada. berhenti merintih jika tiada setitik usaha diusahakan. kesenangan tidak akan muncul jika harimu bermula apabila matahari tegak memancar bumi, kerjamu hanya tidur dan makan dan jika kau hanya mengharapkan kekayaan datang menghampiri. sedarlah, kesusahan bukan tiada positifnya, ianya membuat kau kental, memahami kehidupan manusia yang lebih susah dari kesusahan yang kau tanggung. tolonglah, ambillah sudut positif kesusahan itu, buanglah sudut negatifnya kerana kesusahan tidak layak diwarisi, nilai positifnya harus. insan yang kuharap ada titik-titik perubahan, maaf jika kukatakan kau tidak menilai kudrat insan yang memerah keringat. kau tidak melihat perit jerih kehidupannya, kau tidak sedar letih dan kurang tidurnya. insan yang kuharap ada titik-titik perubahan, maaf, kukatakan kau tidak mewarisi sikap bertanggungjawabnya, sifat tidak kenal erti putus asanya. sesungguhnya, insan yang kuharap ada titik-titik perubahan, ku mengharapkan perubahan mu. hanya kau yang mampu mengubah corak sinaran harimu, samaada malap menjadi terang atau malap menjadi gelap. 

insan yang kuharapkan perubahan, insan-insan yang sering terleka, insan-insan yang sering merintih tanpa usaha dan diri ini, ingatlah kita kekadang mungkin tidak rasional, tapi janganlah membinasakan diri sendiri, keluarga, masyarakat ataupun negara. ayuh, bangkit. kerana jatuhnya kita takkan terbangkit jika tangan yang menghulur membantu tidak disambut. 

0 comments: